Saturday, 23 April 2011

Hitam dan Putih Hati Seorang Lelaki.


Perempuan selalu anggap yang lelaki suka pandang perempuan yang cantik je. Disebabkan tu jugakla ramai perempuan yang berusaha untuk jadi cantik..

Kesannya, jadilah fenomena macam sekarang. Perempuan terlalu taksub dengan fesyen, dan ada yang sanggup beli "baju sekerat" hanya untuk nampak seksi..

Memang aku tak nafikan, lelaki memang suka pandang pd perempuan seksi. Tapi sebenarnya, lelaki jugak suka pandang pd perempuan yang solehah..


Hitamnya hati seorang lelaki.

Kalau nampak perempuan seksi, lelaki normal akan berperasaan :

"Perhh, seksinya dia tu. Kalau aku dapat buat jadi awek ni mesti best. Boleh gak buat geli-geli".

Perasaan lelaki terhadap perempuan seksi hanya berlandaskan nafsu semata-mata. Ia bukanlah cinta. Dan tak tergerak pon untuk dibuat isteri..

Walaubagaimanapun, bukanlah semua lelaki akan approach dan pikat perempuan seksi. Sebab masih ada golongan lelaki yang teguh imannya..


Putihnya hati seorang lelaki.

Berbeza pulak pandangan lelaki kalau diorang tengok perempuan yang solehah. Lelaki akan berfikiran camni:

"Fuuh, sejuk mata memandang perempuan soleha. Sopan , tutup semuanya. Untung kalau buat jadi isteri ni".

Nampak tak perbezaan pandangan lelaki? Lelaki lebih serius pada perempuan yg solehah berbanding perempuan seksi dan gedik..


So, perempuan diluar sana. Kalau klian takmau jadi santapan lelaki hanya sebab nafsu. Jagalah aurat dan tingkah-laku korang betol-betol..

Hitamnya hati seorang lelaki tu bila dia tertarik pada perempuan seksi. Dan putihnya hati seorang lelaki bila dia menjaga pandangan daripada melihat perempuan seksi, dan tertarik pada perempuan solehah..


catatan: Jangan ingat seksi itu cantik

No comments:

Post a comment

whatsapp kami or msg 0176121355